LEMBA MERAWAT BATU KARANG - Pahlawan Jebat

Wednesday, April 18, 2018

LEMBA MERAWAT BATU KARANG




.
Lemba atau lebih dikenali sebagai pinang puyuh dikelantan ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara berumpun yang agak besar yang biasa ditemui dikawasan belukar yang agak redup dan terlindung dari cahaya matahari. 
.
.
Daunnya ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur. Saiz daun yang matang berukuran antara 55-57cm panjang dan 15-17cm lebar. Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya. Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempunyai banyak urat daun pada permukaannya. Tangkainya panjang 90-92cm. 
.
.
Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok. Bunganya berwarna kuning, kecil dan berbentuk loceng dan berada dalam gugusan.Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dan berwarna kuning terang. 
.
.
Buah matang lemba berbentuk seperti beri berwarna putih dan rasanya manis bila dimakan seperti tetimun manis dan menaikan selera, Buahnya berada dalam bentuk tandan seperti buah pinang. Sebenarnya buah lemba tidaklah terlalu manis dengan sendirinya, ia menghasilkan rasa manis selepas pengambilannya seperti meminum air selepas memakannya. Ini turut terjadi pada bahan masam, apabila dimakan setelah mengambil buah ini akan terasa manis, maka kerana ini kaum pribumi memakan buah ini terlebih dahulu sebelum memakan buah-buahan masam. Pokok lemba terkandung dalam 20 spesis tersebar dikawasan tropika, 5 spesis asli terdapat di Malaysia, disamping itu banyak lagi sepisis ditanam dimerata dunia sebagai pokok perhiasan.
.
.
Kegunaan
----------
KHASIAT DAN KEGUNAAN Menurut catitan, ada satu kisah berkenaan khasiat herba lemba ini, seseorang telah memerhatikan seekor cempelai (bokbong-dipanggil di.Trengganu) yang berlawan degan seekor ular tedung dan si cempelai telah dipatuk beberapa kali semasa petaruhan, namun begitu si tedung tumpas juga akhirnya. Selepas itu si cempelai tadi segera mendapatkan pokok lemba ini dan memakan umbi dan akarnya. kemudian berlalu dgn selamat. 
.
.
Daun sembung digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. 
.
.
Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun sembong biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. 
.
.
Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot. Lemba mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut. Di negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina, daun lemba digunakan juga untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang. 
.
.
Pohon lemba juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi. Mempunyai kesan antimikrob, antitumor dan menurunkan tekanan darah.

No comments:

Post a Comment